Buah Tin sangat diketahui mengandungi pelbagai khasiat dan kandungan nutrisi yang lengkap, samada dalam bentuk vitamin ataupun mineral. Kandungan nutri inilah yang menjadi sebab ramai penyelidik mempromisikan buah tin sebagai buah super nutritsi. Jadi memang tidak hairanlah ia disebut oleh Allah di dalam Al-Qur’an dan juga hadith.

Walaupun Kandungan nutrisi buah tin ini memang cukup tinggi sekali, akan tetapi masih lagi jarang masyarakat Malaysia yang mahu makan buah tin secara rutin. Mungkin buah tin segar harganya masih mahal, hanya segelintir sahaja yang mampu membelinya. Kebiasaanya buah tin kering dibeli untuk oleh-oleh mereka yang pulang dari menunaikan ibadah haji dan umrah.

Antara Khasiat Buat Tin adalah seperti berikut ;

1. Mengurangkan Hipertensi
Buah tin mengandungi bahan mineral alami seperti magnesium, fosforus, omega 3, omega 6, dan fenol. Kandungan-kandungan mineral semulajadi inilah yang cukup berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung koroneri.

2. Mengurangkan Kadar Kolesterol dalam Badan
Buah tin terkenal sebagai buah yang mengandung serat larut yang cukup baik. Menurut pakar, kandungan serat larut berupa pektin dalam buah tin sangat berkhasiat untuk menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

3. Mencegah Serangan Jantung
Menurut penelitian yang telah dilakukan di Arab Saudi, buah tin mengandung kandungan kalium tinggi yang cukup baik untuk menurunkan kadar natrium dalamtubuh. Para penyelidik juga berpendapat, penggunaan buah tin setiap hari akan membantu mengurangkan risiko terkena serangan jantung mengejut.

4. Alternatif kepada pesakit Diabetis
Walaupun buah tin manis, kandungan glukosa dan fruktosa dalam buah ini tidak akan membuat kadar gula dalam darah Anda naik. Ini disebabkan buah tin juga mengandung serat larut dan karbohidrat. Kedua kandungan inilah yang akan menghambat proses penyerapan gula berlebihan pada bahagian sistem pencernaan

5. Mencegah Penyakit Kanser
Kanser juga merupakan penyakit yang menyebabkan kematian nombor dua di dunia. Penyebab munculnya penyakit kanser adalah disebabkan pelbagai faktor, termasuk radikal bebas. Buah Tin mengandungi pelyfenol yang bertindak sebagai antioksidan yang boleh membunuh radikal bebas penyebab kanser.

6. Khasiat buah tin juga baik untuk tulang. Buah tin mengandungi kandungan kalsium yang cukup tinggi, sehinggakan terdapat ahli-ahli nutrisi menyatakan kandungan kalsium dan fosforus dalam buah tin lebih tinggi dari pada kandungan dalam susu.




Khasiat Buah Tin
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *