Penanaman Pokok Tin tidaklah sesukar mana sekiranya kita sudah biasa menanam pokok di dalam pasu. Cuma, kita perlu tahu asas sifat pokok tin terlebih dahulu dan media yang kita akan gunakan untuk menanam pokok. Pokok tin ialah sejenis pokok yang berbatang lembut, pertumbuhan agak cepat dan mempunyai akar rerambut yang banyak. Akar jenis inilah yang akan mengambil nutrien dihantar kedaun dan buah untuk pertumbuhan daun dan pembesaran pokok.

Bagi pertumbuhan yang baik, pokok tin memerlukan tanah yang ringan (light soils) dan mempunyai saliran yang baik atau tidak bertakung. Medium tanah amat penting bagi pokok tin. Medium tanah yang baik ialah medium tidak terlampau lembab dan air tidak bertakung bila di siram(porous). Pokok tin mudah mati jika banyak air atau di selalu di siram terutamanya peringkat baru. Jika pokok layu di sebabkan kekurangan air, kita hanya perlu siram pokok tersebut bagi memulihkannya dengan segera. Jika pokok layu di sebabkan banyak air ia sukar untuk di pulihkan kembali.

Anda boleh mendapatkan anak pokok tin dari pembekal yang dipercayai samada benih dari keratan atau tut. Jika anda masih baru dalam penanaman buah tin, pastikan varieti buah tin tersebut adalah diketahui mudah ditanam, sesuai ditanam dan cepat dan mampu menghasilkan buah. Antara varieti yang sesuai ialah buah tin varieti BTM6

Sila pastikan semasa proses pemindahan anak benih ke pasu atau polybag tanah pada benih tidak terburai dan akar tidak rosak. Selepas pemindahan di buat sila siram air sebanyak mungkin dan lihat jika aliran air keluar dengan lancar ia menunjukkan medium tanah baik(porous). Jika air lambat keluar ini kemungkinan medium tanah terlebih padat. Jika itu terjadi, anda perlu mengubahsuai media tersebut semula.

Kemudian, anak benih perlu diletakkan di kawasan yang redup, cahaya matahari tidak terlampau panas dan elak daripada terkena air hujan yang berterusan. Pada peringkat ini anak benih masih lemah atau tidak stabil.

Selepas beberapa minggu peringkat penyesuaian anak benih kepada cuaca yang panas secara berperingkat. Semasa peringkat ini keadaan pokok tinĀ telah mengeluarkan tunas dan daun. Pembajaan boleh dilakukan pada peringkat ini. Kekerapan pembajaan amat di galakkan untuk mempercepatkan proses pembesaran pokok. Pastikan baja tersebut sesuai untuk tanaman. Baja yang disyorkan adalah seperti baja organik dan Baja A/B




Cara Mudah Tanam Pokok Tin di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *